tak pasal2 Trg kalah 2-1 huhu |
Ahad, 30 Oktober 2011
Demam Bola
Aduh... tak sabar nak tunggu perlawanan antara Terengganu /Negeri Sembilan. Awal2 lagi dah tercongak depan tv... yelah confident gilee yg Terengganu boleh menang... tup..tup.
Jumaat 28 Oct 2011
Hari ni tak kemana-mana... malas. Lia keluar dengan kawannya, Amar dan Aliff pun keluar cari ABC, tinggallah aku sorang2 kat rumah, apa lagi masaklah jawabnya untuk makan malam.
Petang ni tiba2lah pulak terasa nak makan paprik. hehe tu pun sbb terpandang bunga kobis masa buka peti sejuk, best jugak kan bila dah lama tak makan ni...
Ni lah ABC yg Amar beli.. sikit gile |
Ubi goreng untuk minum petang |
tetiba Lia wat balik burger... |
paprik ayam/sayur |
tinggal serai je... hehe... |
Khamis - 27/10/2011
Hari ni motor Amar tiba dari Kuala Lumpur melalui 'Sky Net'. So .. lepas ambil Lia di tempat kerja, terus turunkan abahnya kat skynet untuk ambil motor, aku dengan Lia tak terus balik tapi ke tempat orang jual nasi dagang. bukan nak cari nasi dagang, tapi karipap yang memang best, nasib baik ada....
Lepas makan karipap, aduhh... malas pulak nak masak untuk makan malam. tension dibuatnya.... bukan apa tak tau dah nak masak apa..... tapi tetap kena masak......
Lia sedang memilih karipap hehe.. |
Lauk acar timun |
kuah singgang je.. paling mudah dan tak ada kolestrol hehe |
Khamis, 27 Oktober 2011
Pasar Minggu
Petang ni tiba-tiba rasa malas nak masak, yelah asyik masak je kan.... nak keluar malas, lepas fikir-fikir ermmm terpaksalah merajinkan diri cari makan... bukan ke mana, pasar minggu je.. sampai je kat tapak pasar minggu, hujan tiba-tiba turun, aduh... nak tak nak terpaksalah berpayung meredah hujan utk membeli juadah.
pasar lengang sebab hujan |
Gerai sata dan pulut panggang |
Makanan wajib beli.. popia |
Untuk Aliff- ayam goreng |
sata- bestlah jugak |
Rabu, 26 Oktober 2011
Cuti Deepavali
Selasa, 25 Oktober 2011
Makan Pagi
Dah 2 hari bawak bekal ke tempat kerja, dan 2 hari jugaklah makan nasi goreng, tu pun Lia yang tolong buatkan. tapi hari ni nasi goreng kurang pedaslah pulak, nasib baik ada kerepok bestlah jugak kan.
Menu Ringkas
Menu paling ringkas dan koboi hehe untuk makan malam. Dah boring asyik makan lauk gulai je kan, sekali sekala ok jugak kan makan sup ayam dan telur dadar, juga ulam raja. semua ni si Lia yang masakkan.
Ahad, 23 Oktober 2011
Bolasepak - Terengganu Lwn Selangor
Semalam 22/10/2011 - sengaja balik awal dari kerja kerana Amar nak balik ke Paka. 2.10 p.m keluar dari office, patutnya 2.30 @ 2.40 dah sampai rumah. Tup2 jammedlah pulak masa nak naik jambatan Sultan Mahmud, ingatkan pasal orang sibuk nak tengok bola, rupanya ada accident kat atas jambatan.
Sudahnya 3.30 baru sampai rumah...
Tak sabar rasanya nak nonton bola malam ni. Yang pasti Terengganu pasti menang!!!
Sudahnya 3.30 baru sampai rumah...
Tak sabar rasanya nak nonton bola malam ni. Yang pasti Terengganu pasti menang!!!
Keadaan jalan yang sesak |
Terengganu menang!!!! |
Jumaat 21 Oct 2011
Saje-saje
Jumaat, 21 Oktober 2011
Sabtu 15 Oct. 2011
Sejak semalam lagi tubuh rasa kurang sihat dan perut serta pinggang sakit2 dan ngilu. Tapi kerja rumah tetap juga kena buat. 11 pagi ke Klinik Homopati yang selalu dikunjungi untuk buat pemeriksaan.
Inilah ubat yang dibagi doktor untuk makan. Tapi lepas makan sakit tak mau jugak hilang. Balik dari klinik macam biasalah singgah Maidin Mall shopping sikit2.
Inilah ubat yang dibagi doktor untuk makan. Tapi lepas makan sakit tak mau jugak hilang. Balik dari klinik macam biasalah singgah Maidin Mall shopping sikit2.
Rabu, 19 Oktober 2011
Cuaca yang tak menentu
Bila dah penghujung tahun, maknanya akan datanglah musim tengkujuh. itulah sekarang ni pun asyik hujan je..
Cuaca yang cerah sebelah pagi |
Jumaat 14 Oct 2011
- Sarapan pagi hari ini mee rebus lagi, nak buat macamana dah suka..dan mengenyangkan jugak. jadi tak perlulah nak makan nasi.
Hidangan untuk minum petang, ikan celup tepung yang menyelerakan...... |
Isnin, 10 Oktober 2011
Jumaat 07 Oct 2011
Seperti selalu inilah sarapan pagi kegemaranku buat alas perut sambil menonton MHI. 10.30 a.m sekali lagi minggu ini bertapak lagi ke KFC gara-gara Amar yang minta ditemankan. Nak tak nak terpaksalah pergi... huhu
Inilah Amar yang suka dan kuat makan ayam.Macam biasa lepas makan round2 kat Giant beli apa2 yang patut.
Aliff & Alia peneman setia.....
Menu hari ni.. popia je, dah lame tak buat popia asyik beli je kat pasar minggu, buat sendiri kan best boleh makan banyak2.... hehe
Inilah Amar yang suka dan kuat makan ayam.Macam biasa lepas makan round2 kat Giant beli apa2 yang patut.
Aliff & Alia peneman setia.....
Menu hari ni.. popia je, dah lame tak buat popia asyik beli je kat pasar minggu, buat sendiri kan best boleh makan banyak2.... hehe
Langgan:
Catatan (Atom)